Posted by Mira Rasidi | |
Assalamualaikum
CEMBURU adalah sebahagian sifat semula jadi manusia. Lelaki atau perempuan masing-masing memiliki sifat cemburu. Jika tiada cemburu tiadalah sayang. Iyela. " Cemburu tandanya sayang ". Cuma yang membezakan sifat ini adalah kuat atau tidak cemburu itu. Jika berlebihan cemburu itu ianya juga boleh mendatangkan impak negatif.
Cara mengatasinya:-
Teliti berita yang didengar
Cuba teliti dan analisis berita yang kamu terima itu. Jika benar, berusahalah menyelesaikannya secara rasional.
Bersemuka dengan orang ketiga
Kamu wajar bersemuka atau berterus terang dengan orang ketiga yang dicemburui. Ketika bertemu dengannya kamu mesti mengawak perasaan marah. Marah yang disertakan dengan menggunakan perkataan -perkataan makin hamun langsung tidak boleh membantu kamu mencari jalan penyelesaian.
Jangan percaya khabar angin
Keadaan begini sering menimbulkan fitnah dan memberikan kesan buruk kepada kebahagian. Malah boleh merenggangkan hubungan kasih sayang.
Berterus terang
Apabila mengadakan perbincangan, berterus-teranglah tentang punca mengapa kita cemburu. Jangan membaca fikiran orang lain sewenang-wenangnya.
Wujudkan cara & gaya komunikasi berkesan
Mungkir janji akan membawa kepada pertelagahan dan tidak mustahil masing-masing saling menuduh. Berusahalah untuk mengelakkan dari berlakunya situasi berat yang boleh mewujudkan komunikasi berat.
*Wah...Rasanya jarang sekali Meera bagi tips cinta kan?^ ^ .Iye, tips kali ini sumber dari Majalah Remaja. Tak salahkann berkongsi dengan reader semua. Moga-moga dengan tips ini dapat membantu kita mencari penyelesaian dengan mudah seandainya berlaku situasi seperti yang dinyatakan. Okeyy..:)*