.Selamat Datang 2013 .

Posted by Mira Rasidi | 01 January 2013 | 1 Comment

Assalamualaikum



Tak sangka. Tak sangka. Dah masuk tahun baru dah kita erk. Kiranya hari ini 1st Entry untuk tahun 2013 lah yer.:).Eh mimpi ke nih? Ermm. Bukan mimpi okey. Sememangnya kita dah berada dalam zone 2013. Tiada lagi 2012 untuk selamanya. Selamat tinggal 2012. Selamat Datang 2013. -->-.-

Hehe. Sudah. Sudah. Kita tutup buka lama. Kita buka buku baru . Dengan azam baru yang tengah mendidih takat didih 100 darjah celcius nih....... Baiklah korang. Kalau nak ngomel pasal azam baru nih,tahun baru dengan azam baru memang dah macam isi dengan kuku aka air yang dicincang takkan putus untuk kita. Senang cerita dah jadi fenomena bila tahun baru jer dah tentunya nak pasang azam  baru kan. 

Azam baru tuh pulak kekadang 'pelik' jugak yang kita azamkan tuh. Hah kenapa Meera kata pelik? . Maksud 'pelik' kat situ. Bukannya diberi istilah unik atau ganjil yer. Tapi. Macam-2 hado.Yolah. Macam-2 yang kitak azamkan. Tapi azam tahun lepas pun belom kita realisasikan lagi. Almaklumlah banyak sangat azam barunya. Sampai kena bawa ke tahun nih. Kehkeh.  Betol tak? Betol tak?

Kalau nak cakap pasal 'Jenis-jenis azam baru pulak'. Memang banyak jenis. Seolah-olah azam baru kita tuh ada genre tersendiri. *Ingat Irama dan lagu ke apa dok keje main genre kan*. Tapi itulah kenyataannya. Buktinya. 'Azam tahun baru nih aku nak rumah baru'. ' Azam tahun baru nih aku nak cepat kaya'. 'Azam tahun baru nih aku nak jadi orang sukses'. 'Azam tahun baru nih aku nak kawin'..'Azam tahun baru ini ,Aku nak tahun baru ini menjadi tahun yang lebih baik dari tahun yang sebelomnya'.Aishh. Macam-2la..

Tapi. Tak kesahlah semua tuhkan.  Yang penting apa yang kita azamkan mampu memberi sokongan untuk kita.  Dan bukanlah hanya sekadar azam semata-mata.Sekurang-kurangnya kita ada target dalam hidup kita,.berjaya atau tidak belakang kira. Yang penting ada daya usaha dari kita. 

So.Apakah genre tahun baru korang tahun nih? Jomla kongsi-2.:) 

* Azam baru Meera: Nak merealisasikan Azam tahun lepas yang belom tercapai. Dan nak memulakan azam baru tahun ini dengan sebaik mungkin...Apapun, Semoga tahun baru ini lebih baik dari tahun yang sebelomnya. Tapi apa kurangnya tahun  sebelomnya. :)

"Selamat Tahun Baru" untuk anda semua. Mulakan tahun baru dengan sejuta senyuman.
^________________^



1 comment:

Unknown said...

selamat tahun baru mira...